Monday 5 September 2011

PILIHAN RAYA UPSR

                 யூ.பி. எஸ் .ஆர் தேர்தல் 2011......
CARTA PILIHAN RAYA UPSR DISEDIAKAN OLEH EN.V.GANESH



           SJK (T) Ladang Tun Dr Ismail sedang menjalankan Pilihanraya UPSR 2011 bagi memenangi kerusi Parlimen dan ADUN. Kerusi ADUN mewakili  Kertas Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 manakala kerusi Parlimen mewakili Kertas Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 merangkumi 12 negeri dan satu daripadanya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
            


             Calon yang berjaya merampas majoriti kerusi Parlimen 2011 akan menerimah hadiah yang lumayan daripada guru matapelajaran, En.V.Ganesh. Kini para pelajar sedang berusaha mencapai target masing-masing dengan melengkapkan semua set Kertas Peperiksaan Percubaan dari semua negeri.

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA... BEST OF LUCK...


யூ.பி. எஸ் .ஆர் தேர்தல் 2011......

        SJK (T) Ladang Tun Dr Ismail sedang menjalankan Pilihanraya UPSR 2011 bagi memenangi kerusi Parlimen dan ADUN. Kerusi ADUN mewakili  Kertas Peperiksaan PercubaanUPSR 2010 manakala kerusi Parlimen mewakili Kertas Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 merangkumi 12 negeri dan satu daripadanya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

             Calon yang berjaya merampas majoriti kerusi Parlimen 2011 akan menerimah hadiah yang lumayan daripada pihak sekolah.

PONGGAL 2011 - ODRUMAIYE BALAM.... HAHAHA.......

H

Sunday 4 September 2011

SJK (T) LADANG TUN DR ISMAIL




KATA – KATA  ALUAN  GURU BESAR
            Salam sejahtera dan salam satu Malaysia,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan mesej dalam ruangan ini.

            Sekolah ini mengaplikasikan sistem pendidikan yang lengkap dengan mempunyai visi “SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI GEMILANG” dan misi “ MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI”  yang mantap dan jelas. Hala tuju sekolah ini adalah jelas dan kita sedang menuju ke arah kecemerlangan. Sekolah ini mempunyai guru – guru yang berpotensi tinggi, penuh bertanggungjawab dan sedia berkorban demi meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang. Selain itu, sekolah ini juga memiliki iklim pembelajaran yang baik dan kemudahan fizikal yang cukup selesa. Di samping itu, ibu bapa, PIBG dan ketua masyarakat setempat sentiasa memberi sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi kepada sekolah ini.
     
              Oleh itu, marilah kita menyahut cabaran bagi menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah cemerlang yang boleh dicontohi oleh sekolah- sekolah lain. Untuk itu, kita selaku warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Tun Dr Ismail, perlulah bersama- sama berusaha dan menggembling tenaga mencapai hasrat murni tersebut. Saya percaya, jika kita benar- benar bekerja keras dan menunaikan tanggungjawab kita, tidak mustahil kita dapat mencapai hasrat menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah kluster.

                   Akhir kata, saya menyeru semua warga SJK(T) Ladang Tun Dr Ismail agar bersatu padu dan berusaha dengan lebih gigih untuk mengubah wajah sekolah ini menjadi sebuah sekolah cemerlang yang unggul. Sekian terima kasih.