Educational Section

BAHASA MELAYU

Hari Jadi Saya


       Pada minggu lepas, saya menyambut hari jadi saya yang kesembilan. Saya  mengundang kawan-kawan dan saudara mara saya ke majlis itu.

       Emak membakarkan saya sebiji kek coklat yang besar. Kek itu sangat lazat. Emak juga menyediakan banyak makanan untuk para tetamu.

       Abang saya berpakaian seperti badut. Telatahnya menggelikan hati kami. Kami juga bermain banyak jenis permainan. Kami berasa sangat gembira .

        Pada hari itu, saya banyak  mendapat hadiah . Majlis hari jadi  ini merupakan suatu majlis  yang tidak  dapat saya lupakan.



Saya Sehelai Baju



        Saya sehelai baju yang berwarna merah jambu. Di bahagian atas badan saya terdapat riben besar yang berwarna biru.

        Saya dimilik oleh seorang budak perempuan yang bernama Punithamalar. Ibunya membeli saya  sebagai hadiah hari lahir Punithamalar yang kelapan.

        Punithamalar sangat sayang  kepada saya. Setiap minggu dia memakai saya. Pada suatu hari Punithamalar ditimpa kemalangan. Riben di badan saya tertanggal. Selepas kejadian itu, Punithamalar tidak lagi memakai saya.

        Ibu Punithamalar mendermakan saya dan kawan-kawan saya yang lain ke rumah anak-anak yatim. Salah seorang daripada anak-anak yatim itu menjadi tuan saya yang baru. Dia sangat gembira kerana dapat memiliki saya.

        Saya berasa gembira kerana saya masih boleh digunakan lagi.



BAHASA INGGERIS


My Birthday


         Last week I celebrated my ninth birthday. I invited my friends and relatives to the birthday.

        My mother baked a big chocolate cake. It was very delicious. My mother also prepared  a plenty of food for the guests. .

        My brother dressed up like a clown. He made us laugh. We also played a lot of games. We were very happy.

        I received many presents for my birthday. It was a memorable celebration.


I Am A Dress


        I am a pink dress. There is a big blue ribbon on the top part of body.

        I am owned by a small girl named  Punithamalar. Her mother bought me for her eighth birthday.

        Punithamalar loved me very much. She wears me every week. One day she had an accident. The big blue ribbon fell off. From then on, she didn’t like to wear me anymore.

        Punithamalar’s mother packed me with other old clothes. She donated us to an orphanage. Another girl became my new mistress. She was very happy to have me.

        I am glad that I can still be of use.