Program Sekolah






PROGRAM BUDAYA MEMBACA

  1. Pengenalan

Budaya membaca adalah suatu program baru yang dimulakan pada September 2004.

  1. Rasional :

            Didapati bahawa 17/27 murid di sekolah ini belum mencapai tahap yang memuaskan dalam pembelajaran.
            Didapati juga bahawa salah satu daripada puncanya adalah kelemahan dalam pembacaan.
            Oleh yang demikian program ini telah dirangka oleh Guru Besar untuk dilaksanakan.

  1. Objektif :

            Untuk memberi kesedaran kepada murid-murid kepentingan bacaan dan penghafalan.
            Untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menambah ilmu pengetahuan.
            Untuk menanam minat membaca di kalangan murid-murid.
            Untuk melatih murid-murid membuat catatan setiap kali membaca.
            Untuk memupuk semangat keyakinan diri.
            Untuk melatih murid-murid menulis dengan cepat dan tepat dalam masa yang ditentukan.

  1. Matlamat :

            Untuk membasmi buta huruf di kalangan murid-murid.
            Untuk membasmi buta fakta-fakta asas matematik.

  1. Tarikh dan Masa : September 2004 – 2/7 November 2004

  1. Sasaran : Semua murid

  1. Pengisian Program:

            7.1 Murid-Murid tahun 1-6

            7.1.1 Karangan  dalam 3 bahasa akan disediakan oleh Guru Besar (asal dalam Bahasa Melayu yang akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris )

            7.1.1.1 Bahasa Melayu
            7.1.1.2 Bahasa Tamil
            7.1.1.3 Bahasa Inggeris


7.1.2  Semua murid wajib membacanya mulai pukul 7.00pagi – 7.20pagi dibantu dan  
          diselia oleh guru darjahnya.

7.1.3        Murid-murid dimestikan berhenti membaca pada tepat pukul 7.20 pagi. Dan mereka dikehendaki menulis, tanpa rujuk kepada teks, apa yang yang telah dibacanya selama 20 minit tadi.


7.1.4        Pada mulanya murid tahun 1 - baca dan tulis satu atau dua patah perkataan  sahaja.  
Lepas dua atau tiga bulan satu  ayat boleh diber mengikut tahap pencapaiannya. Dan ditambah kepada dua atau tiga ayat selepas 6 bulan.

7.1.5        Pada mula murid tahun dua – baca dan tulis satu atau dua ayat sahaja. Lepas tiga  
bulan tiga atau empat ayat boleh ditambah.

7.1.6   Pada mulanya murid tahun tiga - satu perenggan boleh diberi jika boleh. Dan
                 ditambah mengikut tahap pencapaiannya.

7.1.7   Pada mulanya tahun 4 – boleh baca dua perenggan. Dan ditambah dengan
           seperenggan lagi mengikut tahap pencapaiannya.

7.1.8        Pada mulanya Tahun 5&6 – boleh membaca satu karangan. Selepas tiga bulan satu lagi karangan boleh ditambah mengikut tahap pencapaiannya.

7.1.9        Guru-Guru darjah akan membuat semakan setiap hari.

7.1.10    Suatu latihan bertulis boleh diberi apabila 80% murid sudah boleh baca karangan dengan fasihnya.

7.1.11    Guru Besar akan buat semakan pada setiap Hari Jumaat.
      
CARTA ORGANISASI PROGRAM CEPAT BACA

 Penutup
  Program ini dimulakan sebagai percubaan pada tahun ini.
 Diharap semua pihak akan bekerjasama untuk menjayakan program ini.