HEM



BAHAGIAN HAL EHWAL MURID



TUJUAN DAN PERANAN HEM
v Meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan – peraturan sekolah.
v Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
v Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari murid serta ibubapa mengenai hal – hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
v Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikkan pengawas – pengawas sekolah.
v Merancang segala aktiviti yang berpusatkan murid demi kepentingan mereka.

PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA


PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA
     Lebih tiga juta murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di sebanyak 7,685 sekolah rendah kerajaan di seluruh negara akan menikmati faedah daripada program Susu 1Malaysia.
   Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya,berkata Kementerian Pelajaran akan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta dan akan ditambah berdasarkan keperluan selepas itu, manakala bekalan susu akan diperoleh dari Sabah untuk dibekalkan ke seluruh negara.
   “Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) memberi jaminan negeri itu memiliki keupayaan untuk memenuhi keperluan bekalan susu di semua sekolah rendah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Juara Rakyat peringkat Sabah.

  Hadir sama Musa, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Pengumuman program Susu 1Malaysia itu dibuat Perdana Menteri ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin. 

   Ia menarik perhatian saya kerana selama ini pun memang menjadi hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi baru yang kuat dari segi tubuh badan. Ini kerana zat kalsium dalam susu akan membuatkan otak mereka cerdas, sekali gus berpotensi melahirkan generasi bijak pandai selain sihat secara fizikal.



RANCANGAN MAKANAN TAHUNAN






     Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (untuk 2011)

       RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:
  1. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
      Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
     
        Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/  Pihak JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sisitem eKASIH.
    
   Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
     
       Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
KWAMP




Kategori murid yang layak menerima bantuan KWAMP

KATEGORI PELAJAR YANG LAYAK
  • Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan KWAMP ditetapkan mengikut kategori 
  • seperti berikut :
 KATEGORI 1
  • Murid miskin tahun 1 yang tercicir daripada system persekolahan di bawah Dasar Pendidikan 
  • Wajib 2003
 KATEGROI 2
Murid miskin tahun 2 – 6 yang pernah bersekolah tetapi tercicir pada tahun seterusnya 
/di tengah-tengah persekolahan atau kanak-kanak yang berumur 8-12 tahun 
yang tidak pernah bersekolah langsung.Pelajar sekolah menengah yang tercicir 
di tengah-tengah perekolahan akibat kemiskinan.


 KATEGORI 3
Murid miskin tahun 1 – 6 yang masih bersekolah (bukan tercicir) tapi memerlukan bantuan 
dan sekiranya tidak diberi bantuan akan menyebabkan tidak dapat meneruskan persekolahan. 
Ini termasuk murid tahun 6 yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun berikutnya.


KATEGORI 4
Murid miskin sekolah rendah /  pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kes-kes kecemasan 
seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain yang menyebabkan punca pencarian keluarga terjejas.
Permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah dengan mengisi borang permohonan KWAMP

CERAMAH PENCEGAH KEBAKARAN


(14/02/2012)